Pematuhan Dasar
Teach For Malaysia komited untuk memupuk suasana dan persekitaran yang selamat dan inklusif untuk semua individu yang terlibat dengan program-program TFM. Komitmen ini dipanjangkan kepada semua peserta dan pegawai TFM serta rakan-rakan strategik TFM.
Untuk memastikan kemampanan komitmen ini, Teach For Malaysia menggalakkan tetamu-tetamu jemputan yang bakal menyertai Minggu TFM untuk meneliti dan memahami dasar-dasar Teach For Malaysia.
DASAR ANTI GANGGUAN
TFM komited untuk menyediakan persekitaran yang selamat untuk semua peserta, dan bebas semua jenis gangguan, termasuklah diskriminasi dan gangguan seksual. Sebarang aduan untuk gangguan yang timbul akan diuruskan oleh Tan Sue Faye (suefaye.tan@teachformalaysia.org)
DASAR PERLINDUNGAN KANAK KANAK
Perlindungan kanak-kanak adalah penting dalam misi TFM untuk merapatkan kesenjangan kepada akses pendidikan yang berkualiti. Sila rujuk dokumen ini untuk maklumat lanjut mengenai Dasar Perlindungan Kanak-Kanak TFM. Sebarang aduan tentang perlindungan kanak-kanak pada hari program akan diuruskan oleh Yong Yi Ling (yiling.yong@teachformalaysia.org)