Objektif Minggu TFM

Visi

Misi Teach For Malaysia adalah untuk mencetuskan transformasi serta potensi dalam kalangan murid, memupuk semangat dan menggalakkan mereka untuk mencapai pendidikan yang cemerlang demi masa depan yang cerah. Sepanjang Minggu TFM, Teach For Malaysia menjemput pemimpin-pemimpin berpengaruh dari pelbagai sektor - termasuk tokoh-tokoh korporat, pegawai-pegawai sektor awam, dan individu-individu ternama - untuk berdiri bersama murid-murid, Felo TFM, Alumni TFM dan Duta Guru bagi mencipta pengalaman pembelajaran yang berimpak di dalam bilik darjah.

Dengan menjadi sebahagian daripada Minggu TFM, tetamu-tetamu jemputan berpeluang untuk berkongsi kisah dan pengalaman peribadi, dan secara tidak lansung, memberi inspirasi dan memperkasakan murid-murid untuk mempunyai cita-cita yang tinggi dan berusaha untuk mencapai sebagai generasi pemimpin muda negara yang seterusnya.

Objektif

Memberi pendedahan dan peluang kepada para tetamu jemputan yang terdiri daripada pegawai-pegawai sektor awam, swasta dan individu ternama terhadap pelaksanaan Program TFM di sekolah-sekolah menerusi interaksi dengan murid-murid dan warga sekolah


Memberi pemahaman yang lebih menyeluruh tentang cabaran dan realiti landskap pendidikan Malaysia melalui interaksi dengan murid, Felo TFM, Alumni TFM, Duta Guru dan guru-guru di dalam dan di luar bilik darjah

Memberi inspirasi, suntikan semangat dan memperkasakan para murid bagi meningkatkan prestasi dari segi kurikulum atau kokurikulum sama ada di dalam atau di luar bilik darjah melalui sesi pembelajaran dan interaksi di Minggu TFM

Tarikh Tutup Pendaftaran: 17 Jun 2024

Terokai Minggu TFM: Sorotan dan Cerapan

Fahami intipati perjalanan Minggu TFM melalui video yang lalu.