MINGGU TFM 2024
12 Ogos - 30 Ogos 2024
Minggu TFM adalah kempen tahunan Teach For Malaysia untuk meningkatkan kesedaran dan semangat perjuangan untuk merapatkan kesenjangan akses kepada pendidikan yang berkualiti.
Minggu TFM 2024 menandakan edisi ke-11 pelaksanaan program ini sejak penubuhannya pada tahun 2012. Minggu TFM menawarkan peluang kepada tetamu dan penyokong untuk menyuntik semangat inspirasi dan motivasi serta memperkasakan murid untuk mencapai impian mereka melalui sesi pembelajaran dan interaksi yang inovatif.
Peserta Minggu TFM berpeluang untuk menginspirasi, meningkatkan motivasi dan keyakinan murid melalui perkongsian perjalanan kerjaya masing-masing. Di samping itu, Minggu TFM juga berfungsi sebagai platform untuk memahami dengan lebih mendalam usahasama antara rakan-rakan strategik termasuklah Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah, sektor swasta dan TFM dalam memastikan semua kanak-kanak mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti.
Minggu TFM 2024 bakal berlangsung dari 12 hingga 30 Ogos 2024, di sekolah-sekolah berkeperluan tinggi di daerah Serian dan Padawan di Sarawak.
Sertai pemimpin-pemimpin industri berpengaruh dari pelbagai sektor dan kembali ke bilik darjah untuk sehari!
Untuk #SemuaAnakMalaysia.