Bahasa
Demografi murid-murid adalah berbeza. Sesetengah murid mungkin lebih selesa untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris atau bahasa ibunda masing-masing, termasuklah Bahasa Melayu, Mandarin, Tamil atau bahasa lain. Antara cadangan untuk komunikasi yang berkesan adalah:
Bahasa mudah: Sekiranya murid menghadapi kesukaran untuk faham, tetamu-tetamu jemputan diggalakkan untuk menggunakan bahasa yang mudah. Felo TFM/Alumni TFM/Duta Guru akan berkongsi cara berkomunikasi dengan murid.
Gunakan visual: Sekiranya murid menghadapi kesukaran untuk faham, tetamu-tetamu jemputan diggalakkan untuk menggunakan alat-alat bantuan mengajar seperti penggunaan gambar, rajah atau gerak isyarat tangan.
Mendengar secara aktif: Perhatikan bahasa badan dan ekspresi muka untuk menilai tahap pemahaman murid.
Galakkan soalan: Wujudkan ‘safe space’ supaya muridi berasa selesa untuk bertanya dan berinteraksi dalam bilik darjah.
Kaitkan dengan minat murid: Ambil masa untuk mempelajari minat murid (melalui Felo TFM/Alumni TFM/Duta Guru). Kaitkan perkongsian dengan minat murid-murid untuk menggalakkan penglibatan dan menarik perhatian murid-murid.