Garis Panduan Media Sosial
Sekiranya tetamu-tetamu jemputan ingin memuat naik sebarang gambar di media sosial, sila ambil perhatian kepada garis panduan berikut:
Sentiasa pertimbangkan perlindungan identiti murid yang mungkin membawa risiko kepada murid seperti mendedahkan lokasi murid-murid kepada orang yang tidak dikenali atau menyebabkan murid dibuli/diperlekehkan oleh murid-murid lain)
Borang kebenaran pelepasan media
Hanya murid-murid yang mempunyai borang kebenaran pelepasan media yang ditandatangani oleh ibu bapa/penjaga dibenarkan untuk disiarkan di laman media sosial
Pegawai-pegawai TFM akan menasihati tetamu-tetamu jemputan tetang murid-murid yang mempunyai pengesahan kebenaran pelepasan media pada hari program
Nama murid
Jangan dedahkan nama/tanda nama murid
Sekiranya nama murid diperlukan, pastikan penggunaan nama adalah generik atau gunakan nama pertama sahaja seperti Nur, Muhammad
Tutup nama murid dalam gambar atau video sebelum memuat naik di laman media sosial
Nama sekolah
Jangan sebut nama sekolah atau tunjukkan lencana sekolah
Nyatakan nama kawasan sahaja seperti sekolah di Sentul, Kuala Lumpur
Tutup lencana sekolah murid dalam gambar atau video sebelum memuat naik di laman media sosial